effa zuera

effa zuera
"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah."

Thursday 5 January 2012

Purnama Merindu


Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

Tuesday 3 January 2012

takut

ku tahu kamu bosan
ku tahu kamu jenuh
ku tahu kamu tak tahan lagi

ini semua salahku
ini semua sebabku
ku tahu kamu tak tahan lagi

aku takut kamu pergi, kamu hilang, kamu sakit
aku ingin kau disini disampingku selamanya

Sunday 1 January 2012

puisi



Pernahkah kau menghargai walaupun setitik cinta ku terhadap kaua
Walaupun kita jauh aku selalu rasa kita dekat kerana cinta ku kepada kau
Gelisah rasa ini bila kau tidak membalas mesej dariku sehingga ku tak dapat tidur
Aku tak dapat melupakanmu kerana kehadiranmu dalam hidupku amat besar sehingga membuat
Aku menjadi gila
Saat ku ada di sampingmu ku rasa amat tenang dan di kala malam aku tak tidur aku sentiasa
Mengingatkanmu
Sampai bila pun aku sanggup menunggu perasaan cinta ini dating dari rasa benci
Aku hanya mencari cinta,tetapi cinta di cari mesti akan lari
Apakah yang perlu aku buat untuk dirimu sentiasa dekat padaku
Aku kan sentiasa cuba untuk daptkanmu walaupun aku tahu yang ianya tak akan terjadi
Apa yang ku mahu kau tahu ialah yang aku amat mencintai dirimu aku tak akan mengatakan yang
Aku sanggup berenang merentasi lautan berapi sedanglkan api daro mancis aku tak dapat tahan
Apa yang penting ialah aku sentiasa mencuba untuk mendapatkanmu untuk menjadi milikku
Pernahku katakana yang aku akan nikah denganmu tapi kau mengganggap yang ianya adalah
Satu gurauan dariku
Hahahahahahahhaha sungguh lucu
Setiap kali berjalan denganmu aku perhatikan wajahmu yang ayu itu aku merasa sayup dan tenang
Apakah perasaan ini tidakkah kau tahu?????apa yang aku rasa hanya aku yang tahu
Setiap di keheningan malam aku jauh terbang melayang memikirkanmu
Apakah yang sedang kau buat?adakah kau merinduiku seperti mana aku merinduimu
Ataupun hanya aku yang perasan,saatku melihatmu bercakap dengan lelaki lain aku merasa
 Cemburu.

cinta


‎1. Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah 

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....
ya ...
cinta itu memang indah
cinta itu menyeronokkan
cinta itu membahagiakan
tetapi
cinta itu juga menyakitkan
cinta itu membuatkan kita sakit
cinta itu mengecewakan kita
namun....
masih ada juga yang menikmati cinta itu kerana cinta itu tidak mengenal itu semua...